Thursday, November 12, 2009

Maju Setapak Ke Hadapan

Our official website will be launch soon!!


-muhammadsyahmi-

Sunday, June 21, 2009

Mengapa Anda Perlu Membayar Jurugambar untuk Majlis Perkahwinan Anda?

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Petikan dari : majalah Pesona Pengantin

Wednesday, April 22, 2009

Group outdoor shoot!!!


Kami menyediakan perkhidmatan outdoor shooting.
Berkumpulan@Solo.


RM150 Shj..3 jam shooting..
tmpt : sendiri pilih..


berminat?!!sila hubungi kami di
keratanphoto@gmail.com









Tuesday, April 21, 2009

Thursday, April 2, 2009

eda&awaz weds

more pic will update soon......

Tuesday, February 10, 2009


salam...bg post kali ini..kami menyelitkan sedikit gamba pernikahan saudaran kacak iaitu encik Marzuki Bin Nodin yg telah dilagsungkan pada hari raya aidilfitri ke 4 lepas(xigt tarikh sbny)....
ni dia sedikit gamba utk tatapan umum pada malam akad nikah..

TEMPAT : RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN
MALAM AKAD NIKAH..




































ribuan terima kasih kepada saudara Marzuki kerana telah memberi kepercayaan kepada kami utk menjadi official photographer pada hari terindahnya......next pic will update soon.....chill!!!!
salam kembali....ni beberapa koping gomba yg eden dan rakan2 eden yg tgh bosan...nk dijadikan cerita tahyul....kami pon bergegas laa ke putrajaya nk pegi amik gamba....so....ni laa beberapa shot yg dpt dikongsi bersama...kalo ade yg kureng...kasi laa sket komen yg membina...

Lokasi : putrajaya
Time : pepagi buta


model paksaan bernama baki..

pejabat PM..ada kisah disebaliknya...~~~

photo by lan

photo by lan..no editing

keretaku laju..

lorongan sepi~~

3 serumpun..photo by baki
grab it!! photo by tompel
lupo namo jambatan ni..ahah
lompatan keriangan
haiiyakkk... photo by lan

ni laa beberapa gamba yg dpt dikongsi..sekian trimas...